Tuesday 19 April 2016

Pegusaha Itik Panggang Kota Kinabalu

Pegusaha Itik Panggang 

Hi salam sajetra
Bagi yang tercari-cari resepi Itik Panggang atau ingin menukar resepi kebiasaan seperti rendang itik, kari itik dan sebagainya bolehlah tengok resepi saya di bawah ini. ipar saya memg memang peminat tegar daging itik,adn juga tukang BBQ dan akhirnya saya pun terikut sama menikmatinya. Kebiasaannya, mereka akan rebus dahulu itik sehingga empuk, dan kemudian goreng daging itik tersebut bersama beberapa jenis bahan pemerap. Memang sedap! Namun begitu, kali ini saya ubah sedikit cara masakan ipar saya dengan cara merebus sehingga empuk, dan kemudian memanggang dalam oven. Sebelum ini saya pernah memanggang itik tapi tahap kesabaran tersebut untuk menunggu sehingga itik masak tidak ada pula pada hari ini. Dengan cara merebusnya terlebih dahulu, bolehlah membuat kerja-kerja lain, berbanding membakar sepenuhnya  yang memerlukan perhatian khusus, mengambil masa yang lama dan terpaksa berkali-kali membuang minyak dari lelemaknya, takut hangus, rentung dan sebagainya.

Resepi : Itik Panggang
Olahan : Tuaran conner 

Bahan-bahan:
1 ekor itik - bersihkan & toskan sehingga kering
5 cm halia - diketuk
7 biji bawang putih - ketuk
2 sudu makan mentega

Bahan pemerap:
1 sudu makan lada putih - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
3 cm halia - tumbuk
1 sudu teh five spices
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan madu
2 sudu makan kicap manis Cap Kipas Udang
1 sudu makan serbuk pati ayam MAGGI Cukup Rasa

Cara:
1. Rebus itik bersama halia dan bawang putih ketuk sehingga empuk.
2. Keluarkan itik dan toskan seketika.
3. Lumurkan seluruh daging itik dengan bahan pemerap dan biarkan seketika.
4. Panggang itik di dalam oven menggunakan api sederhana selama 30 minit. Lumurkan dengan mentega sekiranya kulit itik kelihatan mengering. Jika suka kulit itik yang garing, boleh panggang lebih lama.
Sekarang Ada boleh buat sendiri :)


Itik Panggang ini tidak begitu garing, tapi isinya cukup lembut. di sini saya tidak sediakan sosnya kerana menurut pelangan-pelangan saya.. dengan meratah daging itik bersama lebihan bahan pemerap  di bawah tray pembakar saja sudah cukup enak!

Mudahkan cara penyediaan itik panggang cara saya Kalau nak lebih sedap, bolehlah sediakan sos pencicah mengikut selera masing-masing...

KOTA KINABALU